Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 1 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Jawatan Kosong 2021 di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Sejarah KTMB

Pada tahun 1961 merupakan tarikh berakhirnya orang eropah menjadi Pengurus Besar KTM. Dato’ Ahmad Perang merupakan anak watan yang pertama menjadi Pengurus Besar, dan Haji Waad Jamaluddin merupakan kakitangan KTM yang pertama berjaya memegang jawatan Pengurus Besar KTM. Selebihnya jawatan tersebut dipegang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipinjamkan ke KTM.

KTM sejak sebelum Perang Dunia lagi mempunyai rancangan pembinaan landasan merentasi Kuala Lumpur ke Pahang, dari Johor Bahru ke Kuantan dan menyusur negeri Terengganu dan kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Malah beberapa landasan yang telah dirancangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan. Diantaranya ialah landasan sejauh 70 batu dari kulai ke Endau; keduanya dari Kluang ke Muar dan terus ke Melaka sejauh 95 batu, ketiga; landasan sejauh 40 batu dari Gemas ke Melaka. Di Pahang pula dirancangkan landasan cawangan dari Jerantut ke Kuantan sejauh 25 batu, manakala di Selangor pula dari kelang ke Morib. Di negeri Perak cadangan pembinaan landasan cawangan yang terbengkalai iaitu dari Ipoh ke Gopeng dan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau. Namun kesemua rancangan tersebut tidak terlaksana.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. OPERATOR JENTERA BERAT LANDASAN (R08G12)
JABATAN ELEKTRIFIKASI


Spesifikasi Tugas:
• Mengendali jentera yang berteknologi tinggi dengan cekap dan mengutamakan keselamatan.
• Membuat pemeriksaan harian, mingguan dan berjadual bagi kelancaran kerja dan jentera.
• Membuat pembaikan (repair) dan membantu kerja-kerja pemulihan.
• Mengemaskinikan rekod/laporan harian, buku log, alat kelengkapan, alat ganti, penggunaan minyak dan bahan-bahan untuk keperluan jentera.
• Sedia pada bila-bila masa diarahkan bertugas terutama kerja-kerja kecemasan bagi mengelakkan gangguan operasi tren.
• Lulus ujian kecekapan memandu yang diadakan setiap dua (2) tahun oleh pihak Operasi/ MyRA.
Calon-calon yang berjaya akan dikehendaki menjalani latihan selama 10 minggu sebelum dilantik secara tetap.
Calon-calon mestilah bersedia untuk bertugas malam dan di mana-mana lokasi mengikut keperluan pentadbiran
serta bersedia untuk ditukarkan.


Kelayakan:

Calon Dalaman

• Telah disahkan dalam jawatan;
• Berkhidmat sekurang-kurangnya 2 tahun sebagai Pemandu Troli (PK09G12); ATAU
• Minimum pengalaman 4 tahun dalam kerja landasan; ATAU
• Mempunyai Sijil Kemahiran Tahap 2 atau yang setaraf di dalam bidang Kejuteraan Mekanikal/
Mekatronik/Elektronik/Elektrikal;
• Mempunyai penglihatan biasa tanpa kacamata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan
tidak buta warna;
• Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
• Memiliki lesen memandu kelas D;
• Diperakui oleh Ketua Jabatan.


Calon Luaran

• Berusia 18 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi daripada 28 tahun pada tarikh temuduga;
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM); DAN
• Sijil Kemahiran Tahap 2 atau yang setaraf di dalam bidang Kejuteraan Mekanikal / Mekatronik /Elektrikal / Elektronik dari mana-mana institusi yang diiktiraf;
• Mempunyai penglihatan biasa tanpa kacamata dengan ketetapan V6/6 bagi kedua-dua belah mata dan
tidak buta warna;
• Mempunyai kesihatan yang baik;
• Memiliki lesen memandu kelas D.


How to Apply:

Pemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui KTMB e-Recruitment (link admin sediakan di bawah) tidak lewat dari 1 Julai 2022. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perancangan & Pengambilan Bakat, Jabatan Modal Insan, Keretapi Tanah Melayu Berhad di 03-2263 1137.

Hanya calon – calon yang berjaya dalam senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Post a Comment