Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 28 Jun 2022 - KERJA KOSONG 2023 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2023
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 28 Jun 2022

Jawatan Kosong 2022 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jawatan Kosong 2022 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto  “Pemangkin Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR - PEREKA GRAFIK (GRED N27)

2. JURUTEKNIK AWAM (GRED J17)

3. JURUTEKNIK MEKANIKAL (GRED J17)

4. PEMBANTU AM RENDAH (GRED N1)


Permohonan:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang dikepilkan bersama-sama ini.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:-

a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;
c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan);
d. Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan);
e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan);
f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan);
g. Sijil Kokurikulum;
h. Profil Peribadi/Resume.

3. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

4. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

5. Sila kemukakan permohonan melalui e-mel vacancy@kuis.edu.my (borang yang dihantar secara hardcopy tidak akan diproses). Walaubagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada permohonan bagi jawatan Pembantu Am Rendah Gred N1 untuk menghantar terus (secara hardcopy) ke Pejabat Bahagian Pengurusan Insan KUIS mengikut tempoh yang dinyatakan.

6. Calon yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga melalui emel/ panggilan telefon.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 28hb Jun 2022 (Selasa)




0 Response to "Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 28 Jun 2022"

Post a Comment