Jawatan Kosong 2026 di Sarawak Energy Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Sarawak Energy
Jawatan:
1. SENIOR IT EXECUTIVE
2. EXECUTIVE (WAYLEAVE MANAGEMENT)
3. ENGINEER / TECHNICAL EXECUTIVE, BUILDINGS, FACILITIES & INFRASTRUCTURE
Tarikh Tutup Permohonan : 14 Oktober 2026
Cara memohon:
Anda dinasihatkan untuk mendaftar terlebih dahulu jika belum berdaftar (klik sini)
Jika telah berdaftar, boleh terus sign in (klik sini)
Cara memohon jawatan di Sarawak Energy adalah melalui online. Boleh klik melalui link yang admin sediakan di bawah. Link ini di ambil terus daripada website sesco. Tiada apa untuk diragui. Jika ragu-ragu boleh hubungi pihak Sarawak Energy juga.
Anda dinasihatkan untuk mendaftar terlebih dahulu jika belum berdaftar (klik sini)
Jika telah berdaftar, boleh terus sign in (klik sini)
Setiap kali anda sign in, anda perlu klik semula button Search Jobs seperti gambar di bawah untuk melihat semua jawatan yang dibuka untuk tujuan permohonan. Semoga berjaya ya kitak urang semua.. mun berjaya jangan lupak kamek.. hihi :)
Latar Belakang
Sarawak Energy Berhad merupakan syarikat utiliti tenaga milik Kerajaan Sarawak yang bertanggungjawab terhadap penjanaan, penghantaran, pengagihan dan pembekalan elektrik di Sarawak. Syarikat ini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kepada pengguna domestik, komersial dan industri serta menyokong pembangunan ekonomi dan perindustrian negeri.
Sejarah Sarawak Energy bermula pada tahun 1921 apabila Electrical Section ditubuhkan di bawah Public Works Department semasa pentadbiran Brooke. Bekalan elektrik mula diperkenalkan di Kuching pada tahun 1923. Operasi tenaga di Sarawak kemudiannya berkembang melalui beberapa perubahan organisasi sehingga membentuk Sarawak Energy sebagai syarikat tenaga bersepadu seperti hari ini.
Sarawak Energy mengendalikan pelbagai aset penjanaan tenaga termasuk kemudahan hidroelektrik utama seperti Bakun, Murum dan Batang Ai. Tenaga hidro menjadi komponen penting dalam sistem elektrik Sarawak dan menyokong usaha negeri memanfaatkan sumber tenaga boleh baharu bagi memenuhi permintaan pengguna serta industri.
Beribu pejabat di Kuching, Sarawak Energy terus membangunkan infrastruktur tenaga, memperkukuh rangkaian elektrik dan meneroka teknologi serta sumber tenaga baharu. Melalui pembangunan tenaga hidro dan inisiatif tenaga bersih, syarikat ini menyokong keselamatan bekalan elektrik, pertumbuhan ekonomi serta aspirasi Sarawak menuju sistem tenaga yang lebih mampan.

