Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 14 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Latar Belakang

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa.

Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia. Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kedah
Jawatan:

1. PENOLONG EKSEKUTIF
Bayaran Perkhidmatan : RM2,600.00 Sebulan

Syarat Lantikan Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kelayakan Akademik:

1. Calon perlu mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan seperti berikut:
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Penterjemahan.
2. Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM atau SVM.

Tempoh Pengalaman:

Pengalaman dalam bidang penterjemahan/penulisan/penyuntingan dwi bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Tempoh Kontrak : Satu (1) tahun

Skop Tugas : Merancang dan melaksanakan hal ehwal berkaitan pengurusan komunikasi dan media khususnya dalam aspek penterjemahan, semakan, suntingan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ke atas dokumendokumen Kerajaan dan penerbitan LADA untuk memastikan komunikasi serta penyampaian maklumat dapat dilaksanakan secara berkesan seterusnya meningkatkan kredibiliti dan imej korporat LADA dalam kalangan pemegang taruh.

Menguruskan serta mengendalikan hebahan maklumat di akaun media sosial rasmi LADA. 


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Julai 2022 (Khamis)




Post a Comment