Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) - 11 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Latar Belakang

Tahun 1888, Industri Nanas mula dibawa masuk ke Malaysia oleh orang Eropah di Singapura. Tahun 1921 tanaman nanas telah berkembang dengan pesat di selatan Johor seiring dengan perkembangan industri getah. Nanas ditanam di ladang-ladang getah secara selingan. Keluasan tanaman nanas sehingga 1921 adalah 16,000 ekar di Johor, 2000 ekar di Singapura dan 4,000 ekar di Selangor.

Pada tahun 1931, kawasan tanaman nanas telah meningkat kepada 52,000 ekar dan bertambah kepada 70,000 ekar dalam tahun 1936. Nanas pada ketika itu ditanam sebagai tanaman kontan dengan kepadatan tanaman 3,000 hingga 3,400 pokok per ekar dan diusahakan secara kelompok, namun demikian di Johor ianya diusahakan secara perladangan kontrak melalui sistem pawah. Kemelesetan industri getah pada tahun 1931 telah menjejaskan perkembangan tanaman nanas. Sejurus itu corak tanam nanas telah bertukar kepada tanaman tunggal, memandangkan pada ketika itu industri nanas memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi Malaysia.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jom Join Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29 - 1 Kekosongan
RM 1,493.00 RM 5,672.00

2. PEMBANTU EHWAL EKONOMI E19 - 3 Kekosongan
RM 1,353.00 RM 4,005.00

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI ) N19 - 1 Kekosongan
RM 1,352.00 RM 4,003.00


Cara Memohon:

1. Bagi pemohon yang berkelayakan, komited dan berdedikasi dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi mengisi jawatan kosong tersebut. Borang permohonan dan syarat-syarat lantikan hendaklah dimuat turun melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my

2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat.

3. 1 borang hanya untuk 1 jawatan sahaja. Sila gunakan borang berasingan sekiranya memohon lebih dari 1 jawatan.

4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing masing beserta salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini, Laporan Penilaian Prestasi terkini tiga tahun berturut-turut, slip gaji terkini serta surat kebenaran dan sokongan.

5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM berkaitan perkara ini.

7. Borang permohonan yang lengkap berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:

i) Salinan Sijil Kelahiran
ii) Salinan Kad Pengenalan
iii) Salinan Lesen Memandu
iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
v) Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
vi) Surat sokongan/kebenaran daripada majikan.
vii) Sijil-sijil penghargaan/penyertaan (terhad 3 tahun terkini)
*** Salinan sijil yang tidak disahkan adalah dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses.

8. Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat di bawah sebelum atau pada 11hb Julai 2022 (Isnin) sebelum 12.00 Tengahari;

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
 Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
 Bandar Baru UDA,
 81200 Johor Bahru,
 JOHOR DARUL TAKZIM.
 (u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : sebelum atau pada 11hb Julai 2022 (Isnin) sebelum 12.00 Tengahari;



Post a Comment