Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tangkak (MDT) - 29 Jun 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Tangkak (MDT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak (MDT)

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Tangkak (MDT)

Latar Belakang

Pihak Berkuasa Tempatan merupakan Kerajaan di Peringkat Ketiga ataupun Kerajaan Tempatan selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Selepas penyusunan semula Penguasa Tempatan dalam tahun 1976, Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1hb Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.

Pada 01.01.2009 Mukim Kesang telah diambil oleh Majlis Daerah Tangkak daripada Majlis Perbandaran Muar hasil daripada persempadanan semula kawasan. Ini menjadikan Majlis Daerah Tangkak kini terdiri daripada gabungan 6 Mukim dan 10 buah Majlis Tempatan Pusat pentadbiran Majlis Daerah Tangkak terletak di Tangkak iaitu kira-kira 203KM dari Barat Laut Johor Bahru (30 km dari utara Bandar Muar).Pentadbiran meliputi kawasan seluas 97,991.99 hektar dengan jumlah pegangan dianggarkan sebanyak 31,627 pada tahun 2015. Statistik terkini jumlah penduduk Majlis Daerah Tangkak adalah seramai 132,778 iaitu meliputi juga seluruh Daerah Tangkak yang berkeluasan 242,142.50 ekar atau 97,991.99 hektar.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM GRED H11 - 4 Kekosongan

JADUAL GAJI MINIMUM : RM 1,218.00
JADUAL GAJI MAKSIMUM : RM 2,939.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki BAHASA MELAYU Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui laman web www.mdtangkak.gov.my atau di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang, dan hari Khamis dari jam 08.00 pagi hingga 03.30 petang dengan bayaran RM1.00 setiap borang permohonan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan:-
i) Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan.
ii) Salinan sah Kad Pengenalan.
iii) Salinan sah Sijil Lahir.
iv) Sijil Berhenti Sekolah.
v) Gambar warna berukuran pasport
vi) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
 84900, TANGKAK, JOHOR.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Jun 2022 (Rabu)



Post a Comment