Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) - 14 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Sukan Negara (MSN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negara

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Sukan Negara (MSN)

Latar Belakang

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:
 
MSN BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR.

1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (AKAUN) - 2 Kekosongan

Syarat Lantikan:

a) Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Diploma dalam bidang perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

c) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan;

d) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

e) Keutamaan : Berpengalaman dalam bidang Perakaunan.

f) Gaji pukal : Minimum RM 2,200.00 - Maksimum RM 5,000.00


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Julai 2022 (Jumaat)



2. PEGAWAI KEWANGAN / AKAUNTAN W41/WA41

Syarat Lantikan:

(i) Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(ii) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan/Perdagangan/Pengajian Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; DAN

(iii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU

(iv) Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Akauntan/Penolong Pegawai Kewangan adalah layak dipertimbangkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Kewangan/Akauntan Gred W41/WA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) Mempunyai kelayakan di (ii); ATAU
(b) Lulus Peperiksaan Khas; DAN
(c) Had umur pelantikan :

- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

(v) Gaji :
Minimum RM 2,094.00
Maksimum RM 9,585.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Julai 2022 (Khamis)


*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Post a Comment