Jawatan Kosong 2022 di Universiti Malaya (UM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaya
Sejarah
Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.[6] Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.
Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.

Jawatan:
1. PEGAWAI PENILAIAN GRED W41
Kadar gaji : RM 2094 - RM9585
Syarat Lantikan:
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,508.29).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Tugas utama ialah membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai harta tanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian. Di samping itu menyelia dan melatih kakitangan bawahan.
Akauntabiliti 1: Pengumpulan maklumat untuk penilaian hartanah milik universiti
Akauntabiliti 2: Pelaksanaan kajian kebolehlaksanaan projek pembangunan hartanah
Akauntabiliti 3: Penilaian cadangan projek yang dikemukakan oleh pelabur luar bagi menepati keperluan universiti
Akauntabiliti 4: Penyelarasan perancangan projek pembangunan hartanah yang memenuhi pelan strategik universiti
Akauntabiliti 5: Pengemaskinian status projek pembangunan hartanah yang sedang dirancang, sedang berjalan dan telah siap dalam bentuk laporan
Tarikh akhir permohonan adalah pada 19 Julai 2022 (Selasa).
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.