Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 17 Jun 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Latar Belakang

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.

Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perak
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Perak
Jawatan:

1. JURUAUDIT W41

2. ARKITEK LANDSKAP J41

3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

4. PENOLONG JURUTERA JA29

5. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29

6. JURURAWAT U29

7. PEREKA B29

8. PENOLONG AKAUNTAN W29

9. PEMBANTU KEMAHIRAN H19

10. PEMBANTU KESELAMATAN KP19

11. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


Panduan Permohonan:

Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).

Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

Permohonan adalah terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.

Setelah permohonan lengkap diisi,

5.1 sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
5.2 sila sertakan salinan dokumen / sijil yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas seperti berikut: –

i) Kad Pengenalan;
ii) Ijazah Sarjana Muda/Diploma (jika berkaitan);
iii) Transkrip Akademik (jika berkaitan);
iv) Sijil Matrikulasi KPM/STPM/STAM/SPM/SPVM/SPMV/SVM/SKM/PT3/PMR/SRP atau setaraf (jika berkaitan);
v) Sijil Kokurikulum; dan
vi) Lain-lain dokumen yang berkaitan.


*Sila rujuk iklan jawatan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Jun 2022 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Perjawatan


Post a Comment