Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - 1 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Jawatan Kosong 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Latar Belakang

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. EKSEKUTIF


Skop dan tanggungjawab :
  • Bertanggungjawab kepada Lembaga Pemegang Amanah terhadap pengurusan dan operasi yayasan.
  • Bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar, peraturan dan perancangan korporat yang telah dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah.
  • Memastikan visi dan misi yayasan tercapai.
  • Merencana dan melaksanakan rancangan jangka pendek dan jangka panjang yayasan.
  • Memastikan keberkesanan amalan tadbir urus yang baik termasuk pengurusan kewangan yang efektif dan berhemah.
  • Merancang dan menilai keupayaan sumber manusia yang sedia ada.
  • Menyediakan bajet tahunan yayasan.
  • Melaksana dan memantau kerja setiap projek/ program yayasan.
  • Menganalisa kerja-kerja yang dilaksanakan.
  • Mengatur dan menyelaras mesyuarat-mesyuarat, perbincangan, lawatan, taklimat, kunjungan hormat yang melibatkan Lembaga Pemegang Amanah.
  • Melapor Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yayasan dan mencadang penambahbaikan (jika perlu).
  • Menyedia Penyata Akaun Tahunan yayasan.
  • Memastikan aspek pematuhan yayasan selaras dengan peraturan-peraturan dan undang-undang sedia ada.
  • Komunikasi dengan pemegang taruh dan pelanggan.
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Lembaga Pemegang Amanah dari masa ke semasa.
 
Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan di dalam bidang kewangan, perakaunan, pengurusan perniagaan atau bidang-bidang lain yang berkaitan. Calon-calon yang memegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan adalah satu kelebihan.
  • Minimum 1 tahun pengalaman di dalam pengurusan dan pentadbiran.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, keusahawanan, pemikiran strategik serta kompetensi di dalam pengurusan organisasi.

Gaji Bulanan (Anggaran):

RM2,500.00 – RM3,000.00
 

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap kepada:
 
Yayasan Zulfaqar UPNM
D/A Pejabat Bendahari
Aras 1, Bangunan Bestari,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Perdana Sg. Besi,
57000 Kuala Lumpur.

Atau melalui email ke alamat sitimaisarah@upnm.edu.my

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil berkaitan yang diakui sah beserta sekeping gambar berukuran pasport terbaharu.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Julai 2022 (Jumaat)

Post a Comment