Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) - 25 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Jawatan Kosong 2021 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Latar Belakang

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya, The Commission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan DBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos 1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh. Memandangkan Daerah Kuching mempunyai keluasan yang agak besar, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua, iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Bandar raya Kuching dibahagi kepada dua kawasan: Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - iaitu Pesuruhjaya Kuching Utara untuk Kuching Utara dan Datuk Bandar bagi Kuching Selatan. Datuk Bandar yang terkini ialah Datu Junaidi Reduan.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP29

a) Jawatan: Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29
b) Jabatan: Dewan Bandaraya Kuching Utara
c) Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
d) Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan Dan Pertahanan Awam
e) Bahagian Yang Memerlukan: Keselamatan


Antara Skop Tugas Utama:

a) Merancang, mengurus, melaksana dan memantau Unit Pentadbiran, Unit Keselamatan, Unit Trafik Warden dan Unit Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSA)

b) Memastikan kawalan keselamatan harta benda DBKU dan nyawa pegawai dan kakitangan DBKU di dalam premis DBKU sentiasa terjamin selamat.

c) Memastikan kelancaran aliran lalulintas dalam kawasan bidangkuasa DBKU dan juga meminimakan aduan awam ke atas kesalahan lalulintas yang melibatkan halangan lalulintas serta aduan terhadap masalah kotoran jalanraya akibat aktiviti pembinaan dan sebagainya

d) Lain – lain tugas yang di arahkan dari semasa ke semasa


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau

(iii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau

(iv) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29 : RM1,770.95); atau

d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :-

(i) Tinggi sekurang-kurangnya1.57m bagi lelaki

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26


Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan ‘resume’ yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching

Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit
b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir
c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Julai 2022 (Isnin)

Post a Comment