Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Sungai-Sungai Sarawak - 15 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Sungai-Sungai Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Sungai-Sungai Sarawak

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Sungai-Sungai Sarawak



Introduction

Sungai Sarawak terletak di barat daya negeri Sarawak, Malaysia Timur. Ulu sungai ini terletak di Banjaran Kapuas, dan mengalir sepanjang 217 km (135 mil). Sungai ini terbahagi kepada 2 iaitu Sungai Sarawak Kanan dan Sungai Sarawak Kiri. Sungai ini mengairi kawasan Asa Jaya, Kuching dan lain-lain. Pantai Damai terletak di muara Sungai Sarawak.

Selain sebagai sumber air dan jalan pengangkutan, sungai ini turut digunakan untuk tujuan sukan, contohnya "Regata Sarawak"
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N19 - 3 kekosongan

Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00
  

Syarat-syarat Lantikan :

A. Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,464.80).

B. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

C. Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan:- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

(a) (i) mempunyai kelayakan seperti syarat-syarat lantikan di atas; atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur perlantikan

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N19 adalah tertakluk di bawah Skim Perkhidmatan tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:
 
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kosong LSS (Borang – Pindaan 1/06) yang boleh didapati di Pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. (Pembelian borang tersebut adalah mulai jam 8.30 pagi – 1.00 tengahari)

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan Akademik serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan.

iii. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.

iv. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.


Catatan Am:

i. Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan:-
a. tidak lengkap;
b. tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan; dan
c. diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan.

ii. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-

CONTROLLER,
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE,
POWER STREET, 93000 KUCHING


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh tutup : 15 Julai 2022 (Jumaat)



Post a Comment