Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) - 8 Ogos 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

Latar Belakang

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah ditubuhkan mengikut Akta 29 Jadual Kedua, Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Majlis ketika itu bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan ditadbir oleh kakitangan yang dipinjamkan dari jabatan–jabatan Kerajaan Negeri dan mendapat geran tetap daripada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis telah terus berkembang dan pada tahun 1986 Majlis telah menyusun semua perjawatannya dengan menambah bilangan kakitangannya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus MSNS Bil. 3/91 bertarikh 27hb Ogos 1991 yang di pengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor ketika itu telah bersetuju supaya MSNS ditadbir secara swasta atau diswastakan dengan tiada geran atau peruntukan tetap Kerajaan Negeri Selangor tetapi menjana pendapatan melalui beberapa projek penswastaan.

Majlis terus berkembang membangunkan kemudahan sukan dan pembangunan atlit serta pelaburan perniagaan anak–anak syarikat dan sesuai dengan perkembangan itu, Majlis sekali lagi telah menyusun semula organisasi mulai 1994 dan ianya digunapakai sehingga 2000.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) melalui Kertas MMK No. 35/1/2000 yang bersidang pada 5hb Januari 2000 telah bersetuju supaya MSNS disusun semula seterusnya ditukar status kepada Badan Berkanun Negeri.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jom Join Telegram - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. EKSEKUTIF PEMBANGUNAN PERNIAGAAN SETARAF DIPLOMA / GRED 29


Syarat Lantikan:

a) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pembangunan perniagaan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun.


Deskripsi Tugas:

Merancang bersama idea perniagaan baharu yang berpotensi dalam bidang hartanah dan sukan.

Mengenal pasti dan mendapatkan peluang perniagaan baharu yang boleh menjana pendapatan Majlis.

Merancang pembangunan perniagaan yang boleh dijalankan secara kerjasama dengan syarikat/organisasi swasta dan kerajaan.


Cara Memohon:

(a). Semua permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Jawatan di www.msnselangor.gov.my (link muatturun admin ada sediakan di bawah)

(b). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan (c) di bawah:

(c). Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

(d). Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

(e). Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

(f). Permohonan yang berikut akan ditolak/tidak akan diproses jika:
- tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
- tidak lengkap atau tidak terang
- tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
- tidak besertakan gambar dan
- tidak ditandatangani

(g). Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Pengarah Eksekutif
Majlis Sukan Negeri Selangor
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

(h). Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(i). Pemohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:
- Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
- Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga
(sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

(j). Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi pihak
Urus setia melalui telefon atau melalui email berikut:
- urusetia : 03-5510 9063
- email : admin@msnselangor.gov.my


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : Sebelum atau pada 8 Ogos 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.



Post a Comment