Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tampin - 29 Julai 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Tampin | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tampin

Jawatan Kosong 2022 di Pejabat Majlis Daerah Tampin

Pengenalan

Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 , hasil daripada penyusunan semula melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 . Dahulu dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949.94 hektar.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tampin merangkumi kawasan:

- Bandar Tampin
- Pekan Gemencheh
- Gemencheh Lama
- Gemencheh Baru
- Batang Melaka
- Air Kuning Selatan
- Gedok
- Gemas
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sembilan
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sembilan
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19

3. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

4. PEMBANTU OPERASI N11

5. PEMANDU KENDERAAN H11

6. PEMBANTU AWAM H11


Cara-cara Memohon:

1. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi Majlis Daerah Tampin di www.mdtampin.gov.my

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) seperti berikut

i) Gambar warna berukuran passport;
ii) My Kad/ Kad Pengenalan;
iii)Sijil Kelahiran;
iv)Sijil Berhenti Sekolah;
v)Sijil-sijil Persekolahan/ Akademik;
vi)Sijil-sijil yang berkaitan dengan bidanh.

3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi Tahun 2021 (perlu diakui sah oleh Ketua Jabatan di setiap helaian).

4. Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan boring permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah :

Yang Dipertua
Pejabat Majlis Daerah Tampin
73000 Tampin
Negeri Sembilan Darul Khusus
(u.p. : Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan)


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Julai 2022 (Jumaat)



Post a Comment