Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - 8 Ogos 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Jawatan Kosong 2021 di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Sejarah

Sejarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai sebuah Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 di bawah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. PERKESO diamanahkan untuk mentadbir dua skim keselamatan sosial iaiatu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja daripada kejadian luar jangka bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan. Skim Keilatan pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.

Skim Keselamatan Sosial di negara ini sebenarnya bermula sejak tahun 1958 iaitu sejurus selepas Malaya mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menjalankan satu kajian mengenai keselamatan sosial. Pada tahun 1962, sebuah jawatankuasa tertinggi telah dibentuk untuk mengkaji hasil kajian tersebut. Kajian oleh A.N. Ambo melalui ILO telah dijadikan asas bagi merangka rang undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja yang seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan April 1969 dikenali sebagai Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. See more..
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENGURUS KES GRED 23 (RECRUITMENT SPECIALIST)

Kelayakan:

1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sumber Manusia, Psikologi Pemulihan Pekerjaan, Perhubungan Industri, Psikologi Industri dan organisasi, Latihan dan Pembangunan, Head Hunter, Perhubungan Awam, Komunikasi Massa, Pentadbiran Perniagaan dan Perniagaan Antarabangsa atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan;

3. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

4. Keutamaan dan kelebihan kepada calon yang memiliki pengalaman dalam bidang Perkhidmatan Pekerjaan dan Sumber Manusia serta mempunyai jaringan dan hubungan baik dengan pelbagai pemegang taruh, pengurusan risiko, prinsip insurans dan perundangan;

5. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Inggeris, bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan; dan

6. Bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di pejabat-pejabat PERKESO seluruh Malaysia.


2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PEKERJAAN GRED 19

Tanggungjawab:

1. Meneliti dan menyemak kes-kes Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan Return To Work (RTW) bagi tujuan bantuan pencarian pekerjaan;

2. Melakukan sesi penilaian penempatan pekerjaan bagi mengenalpasti keinginan, limitasi, keupayaan, kelayakan dan kemahiran OB yang sebenar;

3. Merangka pelan sokongan pekerjaan bersama Orang berinsurans bagi mencapai sasaran yang efisien

4. Melakukan pencarian pekerjaan untuk OB menerusi pelbagai saluran bagi mendapatkan peluang pekerjaan OB;

5. Melakukan padanan kerja bagi kes yang dirujuk berdasarkan keupayaan, limitasi, minat dan kelayakan dengan keperluaan pekerjaan (work demand);

6. Menyediakan resume OB mengikut keperluan dan kehendak majikan;

7. Mendapatkan peluang-peluang pekerjaan dari majikan yang berpotensi;dan

8. Mengendalikan sesi temuduga diantara pihak OB dan majikan, termasuk mengadakan bengkel pra temuduga.


*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Ogos 2022 (Isnin)



Post a Comment