Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 1 Ogos 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jom Join Telegram - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. PEGAWAI PERUBATAN UD55


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) i) Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred UD55: RM 6,504.00); atau

ii) Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred UD55: RM 6,504.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Lantikan Terus Ke Gred Pakar UD55

a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(a), 1(b)(i), 1(b)(ii) dan 2; dan

b) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan. (Gaji permulaan lantikan pada Gred Pakar UD55 : RM6,504.00)

Syarat-syarat Tambahan Untuk Jawatan Pakar UD55

Syarat Khusus:

a) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun berada di gred hakiki UD53/54;

b) Tempoh diwartakan sebagai Pegawai Perubatan Pakar/Pegawai untuk tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun;

c) Mendaftar di bawah National Specialist Register (NSR).


Syarat Kecemerlangan:

a) Tiga (3) Peer Review (diiktiraf oleh Pakar Perubatan bidang yang sama dan sekurang-kurangnya satu (1) daripada luar organisasi

b) Menghasilkan satu (1) penerbitan SCOPUS/ISI.

PENGKHUSUSAN BIDANG : Anestesiologi


1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

2. Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada:


i. 54 tahun bagi persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. 56 tahun bagi persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. 58 tahun bagi persaraan paksa 60 tahun.


Cara Memohon:

Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm 

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 

Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Perkhidmatan Sumber Manusia
Aras 6, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani,
Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HPKK),
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, WP Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-9174 8664/8667/8669/8670

 
Untuk membaca syarat kelayakan jawatan di atas, sila klik pada setiap nama jawatan (pastikan masuk dahulu ke website ukm, sebelum klik pada jawatan. Link disediakan di bawah)


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Ogos 2022 (Isnin)



Post a Comment