Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 196 2022 - 31 Julai 2022

Post a Comment
Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 196 2022 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tentera Darat Malaysia (ATM)

Tentera Darat Malaysia (ATM)

Sejarah Tentera Darat

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu.  Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi.  Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini.  Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11.
Join Group Khas Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT


Syarat Asas Permohonan:
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Julai 2022 (Pengambilan Siri 196 2022).
  • Penglihatan : -
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna.
  • Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal:

Tinggi:
Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

Berat:
Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg

Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
Indeks Jisim Badan (BMI) :
Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0


Syarat Akademik
  • Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah

Kelayakan Tambahan
  • Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi.
  • Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam.
  • Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2022 (Ahad)



Post a Comment