Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) - 25 Ogos 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan.

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR)

Latar Belakang

Majlis Daerah Simpang Renggam pada asalnya adalah Majlis Daerah Kluang Selatan, dimana pengistiharan sebagai Majlis Daerah Simpang Renggam adalah pada 1 Januari 2001. Ini adalah selaras dengan penstrukturan semula Kerajaan Negeri dengan peningkatan taraf beberapa buah Penguasa Tempatan di Negeri Johor.

Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, Pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.

Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi 5 buah Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang dan Sungai Sayong. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. JURUTERA J41
Jadual Gaji
Minimum RM 2,529.00
Maksimum RM 9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00
Elaun Tetap Perumahan RM 300.00
Elaun Tetap Khidmat Awam RM 300.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ; dan

(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : RM 2,529.00) ; atau 


2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN DAN PERSEKITARAN GRED U32
Jadual Gaji
Minimum RM 2,331.00
Maksimum RM 6,394.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 155.00
Elaun Tetap Perumahan RM 300.00
Elaun Tetap Khidmat Awam RM 160.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.


Syarat Kenaikan Pangkat Ke Gred U32

i) Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 yang kosong apabila telah:

(a)disahkan dalam perkhidmatan;

(b)mencapai tahap prestasi yang ditetapkan tiga (3) tahun berturut-turut atas gred jawatan hakiki/lantikan;

(c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan 

(d) Bebas dari sebarang tindakan atau hukuman tatatertib;

(e) Telah mengistiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa;

(f) Bebas dari senarai Peminjam Pendidikan Tegar dari institusi pinjaman pendidikan;dan

(g) Lulus Tapisan Keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Ogos 2022 (Khamis)



Post a Comment