Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - 26 Ogos 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Getah Malaysia (LGM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Latar Belakang LGM

Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.

Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. AKAUNTAN WA48

2. PEGAWAI TADBIR (EKONOMI) N41

3. PEGAWAI PENYELIDIK  Q41/Q43/Q47/Q51/Q53

4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENERBITAN) N29

7. PEMBANTU KEMAHIRAN H19

8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

9. PEMBANTU PENYELIDIK Q19

10. PEMANDU KENDERAAN H11

11. PEMBANTU AWAM H11

12. OPERATOR LOJI H11

13. PEMBANTU OPERASI N11


Syarat Umum:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan

3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

4. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

5. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Tatacara Permohonan:

1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara atas talian di pautan dalam JADUAL 1 di bawah.

2. Pemohon hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di LAMPIRAN A untuk jawatan yang ingin dipohon adalah dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan.

3. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LGM.

4. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.


Catatan Am:

1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Haszrul Naim bin Abdul Halim (Unit Pembangunan Sumber Manusia/Seksyen Perjawatan) Lembaga Getah Malaysia di talian 03-9206 2000 ext : 2204


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Ogos 2022 (Jumaat)



Post a Comment