Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perubatan Malaysia - 29 Ogos 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perubatan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Majlis Perubatan Malaysia

Jawatan Kosong di Majlis Perubatan Malaysia

Pengenalan

In the course of providing safe and competent health care services for the country, the Malaysian Medical Council was established by an Act of Parliament approved on 27 September 1971 and gazetted on 30 September 1971.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43/44, UD47/UD48, UD51/UD52, UD53/UD54


Kelayakan:

1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

i. Warganegara Malaysia tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii. Kelayakan lantikan ke Gred UD43/44, UD47/48, UD51/52, UD53/54

a. Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannnya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; ATAU

b. Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1) (aa) serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; DAN

c. Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan; DAN

d. Calon bagi lantikan hendaklah lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2) Calon bagi lantikan secara PEMINJAMAN ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD44, UD48, UD52 atau UD54 hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: -

i. Memenuhi syarat lantikan di perenggan 1 (i),(ii); DAN

ii. Calon telah dilantik secara tetap dan disahkan dalam perkhidmatan serta mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas bagi tempoh genap tiga (3) tahun berturut-turut (2019, 2020, dan 2021) dalam skim perkhidmatan terkini;

iii. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib

3) Calon bagi lantikan hendaklah :

i. Memiliki kemahiran inter personal,

ii. Mempunyai tahap kompetensi yang tinggi,

iii. Berpengetahuan luas dalam bidang tugas,

iv. Mempunyai pengalaman minimum;

a. Bagi pengisian ke Gred UD43/44, mempunyai sekurang- kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja selepas menamatkan latihansiswazah.

b. Bagi pengisian ke Gred UD48, mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja sebagai Pegawai Perubatan selepas menamatkan latihan siswazah.

4) Calon-calon yang mempunyai kelebihan seperti berikut akan diberi keutamaan:

i. Mempunyai penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang baik;

ii. Pernah berkhidmat dalam unit/bahagian pengurusan (administrative work);


Cara Memohon:

1) Pegawai yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan dikehendaki melengkapkandokumenpermohonan sepertiberikut:

i. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Majlis Perubatan Malaysia yang admin sediakan di bawah.

ii. CurriculumVitae (CV);

iii. Salinan SijilSPM,Sijil Diploma/Ijazah dan sijil/kelayakan tambahan sedia ada dan lain-lain sijil berkaitan.

2) Bagi permohonan secara peminjaman hendaklah mendapat persetujuan daripada Ketua Jabatan/ Pengarah Hospital/ Pengarah Kesihatan Negeri dan melengkapkan dokumen seperti perenggan 1 (i), (ii) dan (iii) beserta dokumen dibawah:

i. Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 3 tahun berturut-turut;

ii. Salinan keputusan tapisan keselamatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

iii. Salinan Buku Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;dan

iv. Salinan slip gaji terkini.

3) Dokumen-dokumen yang lengkap boleh dikemukakan kepada urusetia di alamat berikut;

ALAMAT PERMOHONAN:
KETUAPEGAWAIEKSEKUTIF
MAJLISPERUBATANMALAYSIA
Blok C, Aras 1, JalanCenderasari
50590 Kuala Lumpur
u.p. Unit Sumber Manusia

4) Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia di talian 03-2691 2171 (Puan Norsalawati / Shairul Akma)

5) Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Ogos 2022 (Isnin)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah



Post a Comment