Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tourism Malaysia - 9 Ogos 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Tourism Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tourism Malaysia

Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

Pengenalan

Jabatan Pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 1971-1975 telah menekankan peri pentingnya peranan yang dimainkan industri pelancongan dalam ekonomi Negara.

Pada tahun 1980an, kerajaan telah menunjukkan sokongan kepada sektor pelancongan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987.

Pada 20 Mei 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau lebih dikenali sebagai MoCAT.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PERSONEL MySTEP

KELAYAKAN : Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

TEMPOH KONTRAK : Mulai Tarikh Lapor Diri sehingga 30 Jun 2023

PENEMPATAN : Ibu Pejabat Tourism Malaysia

KADAR UPAH : RM 1,600.00 sebulan


1. Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. Berpengetahuan dan berkebolehan mengendalikan komputer terutama perisian asas Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint).

5. Mahir dalam penyelenggaraan, pembaikan, pemasangan peralatan komputer serta kerja-kerja berkaitan teknikal peralatan komputer.


3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. Deskripsi Tugas

a) Membantu kerja-kerja penyelenggaraan (perkakasan dan perisian) dan pemasangan peralatan komputer serta peningkatan keupayaan komputer;

b) Membantu kerja-kerja berkaitan pemasangan kabel dan rangkaian; dan

c) Memberi bantuan teknikal bagi program-program Tourism Malaysia.


5. Arahan Dan Cara Memohon

(a) (i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati melalui link berikut :


(ii) Sila print dan lengkapkan maklumat. Borang yang telah lengkap maklumat hendaklah dikemukakan ke Unit Perancangan, Bahagian Sumber Manusia sebelum tarikh tutup permohonan.

(iii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

(iv) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut :

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No.2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(U.P. Unit Perancangan)

(b) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

(c) Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar passport terkini. Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.

(d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 9 Ogos 2022 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang.


6. Catatan Am

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh empat belas (14) hari selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut :

(i) Puan Nor Ezlin Abdullah - 03-8891 8906

(ii) Cik Siti Salwah Othman - 03-8891 8908

(iii) Puan Nor’Azila Roselan - 03-8891 8963


*Sila rujuk iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Ogos 2022 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang


Post a Comment