Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) - 2 September 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS)

 Jawatan Kosong 2022 di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)

Sejarah

Kewujudan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) adalah merupakan titik tolak pertama ke arah pembangunan dan kemajuan pendidikan tinggi Islam di negeri ini. Sejarahnya bermula pada 27 Ogos 1996 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang meluluskan idea penubuhannya. Buat permulaannya, UnIPSAS menampung keperluan saluran pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah agama negeri untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi. Pengambilan kumpulan pelajar pertama seramai 67 orang telah dimulakan sebaik sahaja menerima keputusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Universiti yang cukup sinonim dengan KDYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta‟in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ini telah dirasmikan oleh Baginda pada 16 November 2000 bersamaan 19 Syaaban 1421H. KDYMM Sultan Pahang menjadi simbol dan lambang kegemilangan Universiti ini di negeri Pahang.

Mulai April 1998, UnIPSAS berdaftar sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi swasta dan bernaung sepenuhnya di bawah anak syarikat kerajaan negeri, Sistem Pendidikan Islam Pahang Sendirian Berhad (SPIPSB). Kolej yang menawarkan peluang pengajian peringkat diploma ini telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1996. Ini bermakna Kerajaan Negeri memberikan komitmen yang padu terhadap UnIPSAS terutama menerusi geran peruntukan tahunan. Universiti ini dibina di atas tanah seluas kira-kira 41 ekar melibatkan perbelanjaan sebanyak RM41 juta meliputi bangunan pentadbiran, bangunan akademik, perpustakaan, blok-blok asrama pelajar, kafeteria, dewan besar, kompleks sukan, rumah kediaman Presiden dan blok-blok kediaman pensyarah/staf dan telah siap dibina pada Februari 2000. Seluas 503 ekar tanah juga telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri Pahang bagi menampung perkembangan pembangunan dan sebagai aset kepada UnIPSAS. Manakala terdapat sebuah masjid bernilai hampir RM10 juta yang turut menjadi mercu tanda kebanggaan Universiti ini.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pahang
Jom Join Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Pahang
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 - 2 Kekosongan

2. PENSYARAH GRED DM53 (PROFESOR MADYA) - 1 Kekosongan

3. PENSYARAH GRED DM45 - 4 Kekosongan

4. PENSYARAH SETARA GRED KHAS C (VK7) - 2 Kekosongan

5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT  SETARA GRED FA29 - 2 Kekosongan

6. PENOLONG JURUTERA SETARA GRED JA29 - 1 Kekosongan

7. PEMBANTU AWAM SETARA GRED H11 - 2 Kekosongan


Cara Mohon:

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Calon-calon yang berminat dan memenuhi kriteria boleh mengemukakan permohonan melalui Borang Rasmi Permohonan Jawatan UnIPSAS yang boleh dimuaturun di laman sesawang rasmi UnIPSAS. (admin ada sediakan link muatturun borang permohonan di bawah)

2. Calon-calon hendaklah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 September 2022 (Jumaat) sebelum 5.00 petang. Hanya calon yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya tidak menerima apa-apa panggilan dalam tempoh 90 hari bekerja dari tarikh tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan salinan yang telah diakui sah seperti berikut :

i. Kad pengenalan

ii. Sijil-sijil yang berkaitan

6. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada: 

Naib Canselor
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)
KM8 Jalan Gambang, 25150 KUANTAN
(u.p : Jabatan Sumber Manusia)
Tel : 09-553 5555 Faks : 09-536 4421
E-mel : HR@unipsas.edu.my
https://www.unipsas.edu.my


* Sila baca terlebih dahulu syarat dan maklumat lengkap jawatan yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 September 2022 (Jumaat)




Post a Comment