Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor - 21 Ogos 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor

Sejarah UiTM Johor

Bukan sedikit sumbanganmu. UiTM Johor melakar sejarah di negeri Johor Darul Ta’zim ini pada tahun 1983. Kampus pertamanya di Bukit Siput telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Atas keperluan yang kian berganda, lokasi UiTM Johor kini berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa iaitu di Segamat Baru pada tahun 1985. Pada tahun 1990, UiTM Johor telah tersergam indah di KM12, Jalan Muar-Segamat di atas tanah kurniaan pemerintah negeri.

Di sini, UiTM Johor telah berkembang pesat dengan memenuhi tanggungjawab sebagai kampus UiTM Negeri. Kampus Segamat ini menempatkan empat (4) buah fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Sains Komputer & Matematik. UiTM Johor juga mempunyai sebuah kampus kota yang terletak di Bandaraya Johor Bharu. UiTM Johor kini dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur pengajaran & pembelajaran serta kemudahan riadah dan rekreasi yang menjadikannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani. Yang pasti, UiTM Johor akan berterusan menempa nama gemilang sebagai bukti keluhuran budi dan kemurnian jati diri anak bangsa dan pertiwi.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Join Channel Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PENSYARAH 

i. BAHASA INGGERIS
ii. BAHASA MANDARIN
iii. BAHASA ARAB
iv. PENGAJIAN ISLAM RM 2,300.00 RM 2,800.00
v. PERNIAGAAN PENGURUSAN

Tangga Gaji : RM 2,300.00 RM 2,800.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Kelayakan Lantikan

i. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii. Ijazah Sarjana Muda atau Dipoloma dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Perhatian Kepada Pemohon:

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah disahkan:

- Kad Pengenalan
- Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademikterperinci)

3. Nama Jawatan/Bidang & Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul permohonan.

4. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa
kerajaan yang tidak melalui jabatan tidak akan diproses.

5. Hanya pemohon-pemohon yang layak disenaraikan pendek akan dipanggil untuk temuduga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah
dianggap tidak berjaya.

7. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Johor.

8. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

9. Borang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di https://johor.uitm.edu.my/v1/index.php/hebahan/iklan atau di Bahagian Pentadbiran. Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang.  


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Ogos 2022 (Ahad)


Post a Comment