Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 22 September 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Jawatan Kosong 2022 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.

Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMANDU GRED H11


Jadual Gaji:
Gaji Minimum                 : RM1,336.00
Gaji Maksimum               : RM3,236.00
Kenaikan Gaji Tahunan   : RM80.00

Elaun:
(i)  Khas : RM95:00
(ii) Perumahan : RM300:00
(iii) Bantuan Sara Hidup : RM350:00


Syarat Kelayakan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Mempunyai kelulusan Pentaksiran Tingkatan 3/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,

(d) Lesen Memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P);

(e) Kepujian bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM; dan

(f) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam bidang berkenaan


Bidang Tugas:

(a) Memeriksa dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan pemanduan.

(b) Membersih dan menyelenggara kenderaan yang dikhaskan setiap pagi dan melaporkan kepada penyelia pemandu jika terdapat kerosakan;

(c) Membawa pegawai/warga kerja untuk bertugas rasmi di luar pejabat;

(d) Menghantar surat ke Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Agensi Swasta;

(e) Menerima arahan bertugas daripada penyelia pemandu dari semasa ke semasa seperti kerja lebih masa dan lain-lain;

(f) Memastikan buku log kenderaan sentiasa berada di dalam kenderaan  dan dicatat dengan betul;

(g) Memastikan kad minyak, kad ‘touch n go’ sentiasa sedia untuk digunakan dan di ‘top up’;

(h) Melaporkan sebarang kerosakan kenderaan atau kemalangan kepada penyelia;

(i) Memaklumkan kepada penyelia untuk penyelenggaraan kenderaan mengikut tempoh yang ditetapkan;

(j) Memastikan minyak petrol/diesel kenderaan sentiasa mencukupi dan sedia untuk digunakan;

(k) Membantu persiapan Dewan Besar, Dewan Sajian dan fasiliti yang lain serta lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa.


Cara Permohonan:

(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume / curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)

Tel: 03-62046374

(b) Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

(d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 22 September 2022 jam 4.30 petang

(e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 22 September 2022 (Khamis)



Post a Comment