Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Pelabuhan Rajang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pelabuhan Rajang
Latar Belakang
Rajang Port strategically situated on the Mighty Rajang, the longest river in Malaysia, is the principal port and distribution centre for the central region of Sarawak, providing vital links to major national and regional ports. Sibu, 113km from the sea, is the main operating centre. Its 448-metre wharf with depth alongside of 8.5 metres provides four multipurpose berths. The centre at Sarikei caters mostly for essential and general cargo. With an annual capacity of 450,000 Tonnes and 115,000 TEUs and the State’s infrastructure development including the Pan Borneo Highway, Rajang Port is poised to be the vital link into the vast hinterland of Sarawak.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jawatan:
1. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,377.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,435.12); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai FasaTunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,435.12); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,493.24); atau
(v) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,493.24)
2. PEMANDU/OPERATOR JENTERA PEMUNGGAH GRED H11
Syarat Lantikan:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf degannya oleh Kerajaan;
(ii) Lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkuan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) ); dan
(iii) Berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,264.15). (Syarat Tambahan: Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Cara Memohon:
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi LPR di www.rajangport.gov.my. Borang yang telah lengkap diisi dalam satu salinan dan ‘resume’ hendaklah dikembalikan kepada Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Rajang, 96000 Sibu selewat-lewatnya pada atau sebelum 6 Oktober 2022 . Sila sertakan sesalinan sijil kelayakan yang berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport. Hanya permohonan yang layak sahaja akan disenarai pendek. Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tutup, maka permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.
* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 06 Oktober 2022 (Khamis)