Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) - 9 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Latar Belakang

Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandar raya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan unggul.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perak
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Perak
Jawatan:

1. AKAUNTAN WA41


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00);atau

(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41:RM2,820.00);atau

(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA). (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00);


Fungsi Bidang Tugas:

Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.


Cara Memohon:

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat menggunakan (Borang MBI.1) Pind.2/2009 yang boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.my [Link memohon tersebut admin ada sediakan di bawah]
 
Permohonan hendaklah disertakan:-

i) Sekeping gambar terkini berukuran paspot; (dilekatkan pada borang permohonan);

ii) Salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir; (disahkan);

iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah; (disahkan);

iv) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia dan Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah ; (disahkan);

v) Salinan Ijazah dan transkrip / Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian; dan (disahkan)

vi) Salinan sijil-sijil lain yang berkaitan (disahkan)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan mencatatkan nama jawatan di sebelah kiri sampul surat hendaklah dikemukakan kepada:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Ipoh
Tingkat 1. Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown,
30450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Oktober 2022 (Ahad)




Post a Comment