Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) - 3 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)

Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)

Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992.

Mengikut Fasal Empat (4) Keanggotaan Suruhanjaya ini terdiri daripada :-

i)   Seorang Pengerusi
ii)  Seorang Timbalan Pengerusi; dan
iii)  Tidak kurang daripada empat (4) Ahli yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Raja menurut budibicara baginda   tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar mengikut Seksyen 4 (2) Enakmen SPANP No. 7/1991
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pahang
Jom Join Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Pahang
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP29 - 3 Kekosongan

Syarat Kelayakan:

i. Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU

ii. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setara dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; ATAU

iii. Diploma dalam bidang berkaitan atau bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

- Calon berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun 2022;
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.60m tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 55kg;
- Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas;
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal perubatan yang berdaftar.

iv. DAN Kepujian Bahasa Melayu di Peringkat SPM/SVM


*Sila baca syarat kelayakan penuh jawatan sebelum membuat permohonan melalui link yang disedikan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Oktober 2022 (Isnin) Jam 11.59 Malam jam 11:59 malam


Post a Comment