Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 20 September 2022 - KERJA KOSONG 2022 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2022
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 20 September 2022

Jawatan Kosong 2022 di Tenaga Nasional Berhad (TNB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Tenaga Nasional Berhad

Jawatan Kosong 2021 di Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Company Overview

Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai TNB atau didagangkan sebagai Tenaga Nasional; TENA, MYX: 5347) adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. METER READER (KONTRAK)

Syarat & Kelayakan:

Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)

Memiliki Diploma dari Politeknik atau Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas di Tenaga Nasional Berhad; atau

Memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik (sekurang-kurangnya AO)  yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk :
- Bahasa Malaysia
- Matematik atau Sains

Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan.

Memiliki lesen memandu B2 (Lesen L adalah tidak layak) dan mempunyai motorsikal.

Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.

Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.

Boleh bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai tahap komunikasi yang baik.

Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.

Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.


2. JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA (KONTRAK)

Syarat & Kelayakan:

Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)

Mempunyai Diploma Kejuruteraan (Elektrik / Civil (Awam) / Power (Kuasa) / GIS) dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dengan keputusan minima CGPA 2.50.

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Pemohon yang mempunyai sijil Penjaga Jentera Elektrik sekurang-kurangnya AO adalah merupakan satu kelebihan.

Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan.

Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.

Tidak merokok / sebarang bentuk rokok elektronik

Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.

Boleh bekerja dalam satu pasukan.

Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.


*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 20 September 2022 (Selasa)



0 Response to "Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 20 September 2022"

Post a Comment