Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 2 Oktober 2022 - KERJA KOSONG 2023 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2023
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 2 Oktober 2022

Jawatan Kosong 2022 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jawatan Kosong 2022 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jom Join Telegram - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. JURURAWAT U29

2. JURUTERAPI PERGIGIAN U29

3. PEGAWAI DIETETIK U41

4. PEGAWAI PERUBATAN UD53

5. PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) S41

6. PENOLONG JURUTERA JA29


Cara Memohon:

Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm 

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 

Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Perkhidmatan Sumber Manusia
Aras 6, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani,
Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HPKK),
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, WP Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-9174 8664/8667/8669/8670

 
Untuk membaca syarat kelayakan jawatan di atas, sila klik pada setiap nama jawatan (pastikan masuk dahulu ke website ukm, sebelum klik pada jawatan. Link admin disediakan di bawah)


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Oktober 2022 (Ahad)




0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 2 Oktober 2022"

Post a Comment