Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) - 21 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Sejarah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003. Baca lagi..
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41
(Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak)

Tangga gaji RM2,422.00 dan elaun sebanyak RM900.00 sebulan
Taraf Jawatan Tetap (Tidak Berpencen)
Bertempat di Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)


Kelayakan:

 i. Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang Undang-undang atau mana-mana bidang setaraf dari universiti dan pusat pengajian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;

ii. Kelebihan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dan mempunyai pengetahuan praktikal mengenai hak kanak-kanak terutamanya dalam sistem perundangan berkaitan kanak-kanak di Malaysia dan triti hak asasi manusia antarabangsa seperti Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak;

iii. Memiliki kemahiran dalam penyelidikan dan menganalisis isu-isu semasa;

iv. Mempunyai kemahiran dalam penulisan laporan dan boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;

v. Kredit dalam Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya; dan

vi. Mampu bekerja secara berpasukan dan di bawah penyeliaan yang Minimal


Tanggungjawab:

Penolong Setiausaha Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak akan bertanggungjawab antara lain, untuk tugas-tugas berikut:

i. Membantu dalam membangunkan dan melaksanakan Pelan Kerja tahunan serta perbelanjaan Pejabat Pesuruhjaya Pesuruhjaya Kanak-Kanak;

ii. Membantu menyediakan kertas dasar dan laporan penyelidikan yang dapat mempengaruhi dasar dan undang-undang kerajaan berkaitan dengan isu hak asasi manusia, terutamanya hak kanakkanak;

iii. Membantu merancang dan menganjurkan seminar, konferen dan perbincangan meja bulat dengan pihak-pihak yang berkepentingan yang berkaitan dengan isu-isu hak kanak-kanak;

iv. Membantu mewujudkan rangkaian dan hubungan baik dengan pelbagai pihak yang berkepentingan seperti agensi kerajaan, organisasi masyarakat sivil, sektor swasta dan orang awam secara keseluruhan; dan

v. Mewakili Suruhanjaya semasa mesyuarat berkaitan dengan kerja di Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak.


Cara Memohon

Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 21 Oktober 2022 (Jumaat) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.


*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Oktober 2022 (Jumaat)



Post a Comment