Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tekun Nasional - 10 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Tekun Nasional | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tekun Nasional


Jawatan:

1. PEMBANTU PEGAWAI (PENEMPATAN DI KL)

Syarat Kelayakan:
  • Terbuka kepada warga negara Malaysia sahaja;
  • Lulus SPM ( WAJIB Kredit Bahasa Melayu DAN LULUS Matematik);
  • Berumur 22 tahun ke atas hingga 30 tahun sahaja;
  • Mempunyai lesen memandu (B2 atau D);
  • Seorang yang aktif 
  • Boleh kerja secara berkumpulan & individu; dan
  • Sertakan RESUME TERKINI & SALINAN KELULUSAN PENDIDIKAN (SPM / DIPLOMA & dll.)

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Disember 2022


JURUAUDIT SYARIAH

Kelayakan Asas:

- Warganegara Malaysia.

- Umur di antara 22-45 tahun ( Kecuali Bekas Tentera / Polis ).

- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian / lulus dalam Matematik dan Bahasa Inggeris.

- Mempunyai lesen memandu ( B2 / D ) yang sah.

Kelulusan Pendidikan:

WAJIB mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree) Perakaunan, keutamaan kepada calon yang mempunyai latar belakang dan pengalaman sebagai juruaudit syariah.


Bidang Tugas:

i. Menjalankan fungsi pengauditan syariah seperti berikut:

a)menyediakan perancangan audit syariah tahunan
b)menyediakan rangka kerja audit syariah
c)menyediakan program audit syariah berdasarkan isu/produk yang akan di audit
d)melakukan semakan audit syariah secara berkala sama ada di Ibu Pejabat , Pejabat Negeri dan Pejabat Cawangan mengikut perancangan audit tahunan
e)menyediakan draf laporan audit syariah
f)melaksanakan tindakan susulan terhadap penemuan-penemuan audit syariah

-Mengkaji kepatuhan terhadap polisi, perancangan, prosedur dan peraturan-peraturan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah;

-Menilai keberkesanan dan kecukupan tahap kawalan dalaman untuk memastikan segala urus tadbir bebas daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan syariah;

-Melaksanakan tugas-tugas adhoc yang diarahkan;

Boleh bekerja secara berpasukan bagi mencapai objektif seperti yang diperlukan;

Perlu kerja luar untuk siasatan audit cawangan.

Mempunyai perwatakan menarik, sikap kerja yang baik dan berdisiplin serta mematuhi undang-undang syarikat.

Ditempatkan di Ibu Pejabat TEKUN Nasional (Bandar Tasik Selatan).


Tarikh Tutup Permohonan : 19 November 2022


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..




Jawatan Kosong 2021 di Tekun Nasional

Latar Belakang

TEKUN Nasional dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional. Di awal penubuhannya, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Post a Comment