Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Ujian Lasak Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 28 November 2022

Post a Comment
Ujian Lasak Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)


Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM GRED H11 (LELAKI/WANITA) - 61 Kekosongan.

Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap
Gred Jawatan/Gaji : Gred H11
RM1,218.00 – RM2,939.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred E) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(b) Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred D) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(c) Memiliki lesen memandu kelas B2 / D. Lesen memandu / Lesen memandu tempoh Percubaan (P) yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta memiliki kenderaan sendiri.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Umur:
Calon-calon hendaklah berumur 18 hingga 25 tahun pada tahun 2022.


Syarat Pelantikan:

Calon-calon dikehendaki melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.


Dokumen Yang Diperlukan:

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Lasak Terbuka:

(i) Kad Pengenalan;

(ii) Sijil Kelahiran;

(iii) Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR);
*Slip Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tidak Diterima;

(iv) Sijil Digital Lengkap Vaksinasi Covid-19;

(v) Lesen Memandu Kelas B2 / D Lesen Memandu / Lesen Memandu Tempoh Percubaan (P) Yang Masih Sah Dan Dikeluarkan Oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);

(vi) Sekeping Gambar Terbaru Berukuran Pasport.


Maklumat Ujian Lasak:

Tarikh Ujian Lasak Terbuka: 23 November 2022 (Rabu)

Tempat Ujian Lasak Terbuka:
Unit Berkuda
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Taman Tasik Titiwangsa
Jalan Temerloh
53200 Kuala Lumpur

Masa Pendaftaran: 8.30 Pagi - 10.30 Pagi


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 28 November 2022 (Isnin)



Jawatan Kosong 2022 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Latar Belakang

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

Post a Comment