Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) - 30 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang


Jawatan:

1. PEGAWAI MUBALIGH

Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
Kekosongan : 1
Kadar elaun : RM1500.00 (termasuk potongan KWSP dan PERKESO)


Syarat Lantikan:

(a) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN

(b) Lulus Pendidikan Islam atau Pendidikan al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah.


Diskripsi Tugas:

(a) Membantu memantau keadaan semasa Saudara Kita.

(b) Membantu menjalankan kerja-kerja dakwah, bimbingan agama, pendidikan dan hal-hal berkaitan dengan Islam.

(c) Membantu mengawal selia dan menguruskan halhal berkaitan kebajikan dan bantuan kewangan Saudara Kita.

(d) Membantu memberikan kaunseling dan khidmat nasihat kepada Saudara Kita.

(e) Membantu dalam meringankan bebanan dan permasalahan yang dilalui oleh Saudara Kita.


Cara memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa Kompleks Darul Hidayah Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA melalui laman web:
www.jaipp.penang.gov.my.

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm.

(c) Permohonan yang berikut akan ditolak:-

(i) Tidak menggunakan borang permohonan permohonan jawatan Kompleks Darul Hidayah Pulau Pinang.

(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.

(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

(iv) Tidak disertakan gambar atau salinan dokumen yang diperlukan.

(v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat; dan

(vi) Tidak ditandatangani.


Permohonan hendaklah disampaikan kepada;

Kompleks Darul Hidayah,
Permatang Tok Gelam,
13100 Penaga,
Pulau Pinang.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2022 (Rabu)





Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Pengenalan

Sejarah pentadbiran Islam di Pulau Pinang agak berbeza jika dibandingkan dengan negeri-negeri Melayu yang lain.  Perbezaan ini berpunca daripada sejarah pembentukan dan struktur masyarakat Islam Pulau Pinang khususnya dan juga dasar-dasar Inggeris yang memerintah Pulau Pinang sejak 1786. Pulau Pinang adalah antara negeri yang paling lewat mempunyai badan pentadbiran Islam.  Sejarah masyarakat Islam Pulau Pinang menarik terutama berkenaan dengan corak kehidupan mereka sejak ia mula terbentuk sehingga ke abad ke 20, sama ada terlibat dengan perkumpulan agama yang diragui kebenarannya dan pada awal abad yang ke 20 pula ia menjadi pusat gerakan para reformis.

Rencana ini ditulis adalah bertujuan untuk menyingkap kembali sejarah pembentukan komuniti Islam Pulau Pinang dan suasana kehidupan masyarakat serta badan-badan atau jawatan-jawatan yang berkaitan dengan pentadbiran Islam di negeri tersebut.  Tidak ketinggalan, rencana ini juga akan meninjau dasar Inggeris yang berkaitan dengan Islam kerana ianya mempunyai pengaruh yang besar di atas kemunculan masalah-masalah sosial masyarakat Islam dan kelemahan pentadbiran Islam di negeri itu sebelum merdeka.

Post a Comment