Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) - 10 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: DIPLOMA / STPM / MAKTRIKULASI / BEKAS POLIS ATAU TENTERA

1. PENOLONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP29 - 38 Kekosongan

Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00); atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);

Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM 1,493.00);atau

Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gread KP29: RM 1,770.95).

dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), (ii) dan (iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pertahanan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab atas pentadbiran dan perancangan bagi peringkat negeri pada keseluruhan dalam semua aspek pertahanan awam iaitu latihan dan gerakan. Menyelia dan mengkordinasikan tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai-pegawai Latihan dan Ketua-ketua Cawangan.

Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 10 November 2022 (Khamis) jam 11:59 malam






Jawatan Kosong Kerajaan 2021 di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Ringkasan Sejarah

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah agensi pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM(terkini APM).

Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini.

Post a Comment