Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 21 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


Jawatan:

1. AKAUNTAN GRED W41 LELAKI/PEREMPUAN 1

2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 LELAKI/PEREMPUAN 1

3. PEMBANTU TADBIR GRED N19


Umur:
  • Berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Warganegara:
  • Warganegara Malaysia ; dan
  • Kelahiran Negeri Selangor; dan
  • Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor; atau
  • Telah bermastatutin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPAN).
*(Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan)

Tempoh Perkhidmatan:
  • 2 Tahun
  • Penyambungan kontrak akan dibuat berasaskan penilaian prestasi

Cara Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar maklumat diri (resume) kepada:

Setiausaha
Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI)
Aras G, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah
No 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5
40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 21 November 2022 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Sila tulis nama jawatan di sebelah kiri sampul surat.

Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

Permohonan akan ditolak / tidak akan diproses jika tidak :-

• disertai dengan dokumen yang diperlukan;
• lengkap atau tidak terang;
• memenuhi syarat-syarat kelayakan;
• disertakan gambar; dan
• ditandatangani.

Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya dua (2) tahun di mana-mana agensi / badan/ syarikat.

Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam tempoh masa seperti yang berikut :

• Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
• Selepas 6 bulan dari tarikh temu duga (sekiranya Berjaya dipanggil temu duga)

Maklumat lanjut boleh menghubungi urus setia di talian 03-5514 3400 samb. 3444


* Sila rujuk maklumat lengkap iklan sebelum membuat permohonan di bawah




Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.

Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya.

Post a Comment