Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Arkib Negara - 16 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Arkib Negara | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Arkib Negara


Jawatan:

1. PEMBANTU ARKIB GRED S19 - 13 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00)
atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40)
atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,464.80)


2. PEMBANTU PEMULIHARAAN GRED S19 - 8 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00) atau 

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40) atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,464.80)


Tarikh Tutup Permohonan : 16 November 2022 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan cara mohon melalui poster di atas.






Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Arkib Negara

Latar Belakang

Arkib Negara Malaysia (disingkat secara rasmi sebagai ANM atau dipendekkan sebagai Arkib Negara sahaja) merupakan pustaka arkib Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Arkib Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Disember 1957 sebagai Pejabat Rekod Awam. Namun ia mula dikenali sebagai Arkib negara Malaysia pada 1963. Pada tahun 1966, Akta Arkib Negara No. 44 telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia. Pada tahun itu juga, bangunan Arkib Negara Malaysia di Petaling Jaya, Selangor telah dirasmikan. Pada 1982, bangunan baru Arkib Negara Malaysia telah berpindah di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pada tahun 2003, Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) telah diluluskan. Selanjutnya pada tahun 2004, Arkib Negara Malaysia telah diletakkan dibawah pemantauan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Post a Comment