Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) - 30 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)


Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM H11

Jadual Gaji:
Min : RM 1,218.00
Max : RM 2,939.00
Kadar Kenaikan Tahunan : RM 80.00

Elaun:
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
Bantuan Sara Hidup : RM 200.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

Warganegara Malaysia; dan

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ; dan

Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred H11: RM 1,218.00)


Cara Memohon:

Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon melalui sistem permohonan jawatan kosong di digital.perak.my/perjawatan/

Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan Perintah Am Bab ‘A’ 21.


Catatan Am:

a) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga

b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

c) Segala perbelanjaan dan tuntutan bersabit dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh pihak Majlis Daerah Pengkalan Hulu.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2022 (Rabu)




Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH)

Latar Belakang

Sejarah Pengkalan Hulu bermula sebagai pusat pentadbiran Negeri Reman (sebahagian daripada Negeri Patani) yang mana sempadan negerinya adalah Kedah dan Patani. Bagaimanapun, Raja Reman telah menceroboh Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ, sehinggalah tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak. Pada tahun 1902, Kerajaan Siam telah menghapuskan sistem pemerintahan beraja di Negeri Reman. Setelah itu, Kerajaan Siam telah menyerahkan daerah Hulu Perak kepada Kerajaan Perak. Istiadat penyerahan daerah Hulu Perak dilangsungkan di Kroh pada 16 Julai 1909.

Pengkalan Hulu pada dahulunya dikenali sebagai Kroh. Sejarah nama Kroh bermula dengan sebuah sungai kecil yang mengalir melalui kawasan ini. Sungai yang mengalir ini berpunca dari sebuah kampung yang bernama Selarong. Selarong bermaksud 'denai gajah' dalam bahasa Arab. Sungai ini menjadi tempat mandi dan berkubang gajah-gajah kepunyaan Raja Reman yang bilangannya menjangkau ratusan ekor. Bagi memudahkan gajah-gajah tersebut mandi, Raja Reman telah memerintahkan agar empangan dibina untuk membendung air. Aliran sungai yang diempangkan itu menjadi sebuah tasik kecil dengan keadaan airnya yang sentiasa keruh. Disebabkan itulah bandar ini telah dinamakan sebagai Kroh pada masa dahulu.

Post a Comment