Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kuala Selangor - 14 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Kuala Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Selangor


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA JA29 - 2 Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29 - 1 Kekosongan


1. Umur:
Calon-calon lantikan terus mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun sehingga 54 tahun pada tarikh iklan ditutup

2. Syarat Kelayakan:
Sila rujuk portal rasmi MPKS di alamat berikut: www.mpks.gov.my (admin ada sediakan link di bawah)


Cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang on-line dengan melayari portal rasmi seperti di atas www.mpks.gov.my

a) Semua permohonan hendaklah disertakan dan memuat naik (upload) atas talian :

i. Resume;

ii. Salinan akademik (PMR/ PT3/ SPM);

iii. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Ibu dan Bapa);

iv. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;

v. Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa;

vi. Salinan Sijil Tamat Persekolahan;

vii. Salinan Lesen Memandu (wajib)

viii. Gambar Berukuran Pasport.

[Pastikan perkara ii hingga vii adalah salinan yang telah disahkan daripada salinan asal]


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh permohonan pada : 14 November 2022 (Isnin)




Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Latar Belakang

Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 melalui Pemberitahuan Undang-Undang Negeri Selangor 18/78. Ianya adalah gabungan dari 5 majlis tempatan iaitu:
  • Majlis Tempatan Kuala Selangor
  • Majlis Tempatan Tanjong Karang
  • Majlis Tempatan Batang Berjuntai ( Bestari Jaya )
  • Majlis Tempatan Ijok
  • Majlis Tempatan Jeram
Seterusnya, dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MDKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994. Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor. Kawasan pentadbiran MDKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang. Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.

Kawalan dan perancangan pembangunan MDKS dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663), Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan, Undang-Undang Kecil MDKS (20 UUK) serta berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan dari semasa ke semasa.

Post a Comment