Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 18 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).


Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Jadual Gaji:
RM 1,218.00 (Minimum)
RM 2,939.00 (Maksimum)
Kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM95.00
Bantuan Sara Hidup RM350.00


Syarat Wajib:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan

iii. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM


Syarat Lantikan:

Tahap Pendidikan : Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Lesen serta Pengalaman

Bidang/Kelayakan : Khusus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

a) Membantu menguruskan kenderaan jabatan dan pergerakan Ketua Pegawai Eksekutif serta
pegawai RAC ke destinasi yang diperlukan mengikut jadual yang ditetapkan;

b) Memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan bersih;

c) Memastikan kenderaan diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan;

d) Menjalankan pemanduan dengan berhemah;

e) Mematuhi peraturan lalu lintas dan undang-undang sedia ada; dan

f) Melaporkan sebarang kerosakan/kemalangan yang berlaku kepada Pegawai Kenderaan.


Kemahiran / Kriteria Individu:

a) Lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

b) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini termasuk kereta, van dan kenderaan pacuan empat roda.


Tarikh Tutup Permohonan :  18 November 2022 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari 


Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui capaian https://myfuturejobs.gov.my/. (link admin ada sediakan di bawah)


Lokasi Pejabat:

Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke hr@rac.gov.my 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Post a Comment