Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) - 14 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 - 2 Kekosongan

2. PEMBANTU AWAM H11 - 1 Kekosongan

3. PEMANDU KENDERAAN H11 - 1 Kekosongan


Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan latar diri (resume) yang mengandungi latar belakang diri, latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, kemahiran, penglibatan luar, rujukan serta alamat rumah, emel dan nombor telefon terkini.

Setiap permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar saiz passport dan juga salinan dokumen-dokumen (yang telah diakui sah dan benar) seperti berikut :

- Kad Pengenalan
- Surat Beranak
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil PT3 / PMR, Sijil SPM, Sijil Asasi / Matrikulasi / STPM
- Transkrip Keputusan Asasi / Matrikulasi /STPM
- Sijil Diploma atau / dan Sijil Ijazah Sarjana Muda
- Transkrip Keputusan Diploma atau / dan Ijazah Sarjana Muda
- Sijil Badan Profesional
- Sijil-sijil kegiatan luar serta lain-lain dokumen yang berkaitan

[Sila kemukakan sijil akademik yang berkaitan dengan kelayakan jawatan yang dipohon].


Permohonan yang lengkap hendaklah dilampirkan Surat Iringan (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kepada :

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
P.O.BOX 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN. NEGERI SEMBILAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)

Permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak.

Hanya calon-calon yang ditapis senarai untuk temuduga sahaja akan dihubungi.

Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tiga bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2022 (Isnin)




Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)

Pengenalan

PKNNS merupakan salah sebuah Badan Berkanun Negeri Sembilan.  Secara umumnya PKNNS menjadi organisasi yang membantu Kerajaan Negeri di dalam membangunkan ekonomi di Negeri Sembilan.  Sejak daripada penubuhannya pada tahun 1969, PKNNS berpengalaman dalam membangunkan kawasan perindustrian, perumahan dan premis perniagaan.  Banyak kawasan telah melalui transformasi melalui pelaksanaan pembangunan tersebut.  Namun melalui peredaran  masa dan persaingan  ekonomi yang semakin terbuka, tuntutan  terhadap pengisian bagi mengiring pembangunan fizikal tersebut semakin ketara khususnya dalam menuju Negara maju. Justeru antara petunjuk utama ke arah mencapai pengisian tersebut adalah dengan membangunkan sektor keusahawanan.

Post a Comment