Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) - 28 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Selayang (MPS)


Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29 - 3 Kekosongan


Syarat-Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

(ii) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Perhatian Kepada Pemohon:

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun perlu mencetak borang permohonan dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan dan dibawa ke sesi temu duga
berserta dengan Buku Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

Permohonan perlu dibuat secara online melalui Sistem e-Jawatan yang boleh dicapai melalui laman sesawang/portal rasmi Majlis Perbandaran Selayang (www.mps.gov.my) (link ada sediakan di bawah)

Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (03) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 28 November 2022 (Isnin jam 5.00 Petang)




Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

Latar Belakang

Majlis Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Jadual Kedua (Pindaan) 1988. Majlis Sukan Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti program pembangunan sukan atlet remaja, atlet berbakat dan berprestasi tinggi (elit) dalam arena sukan tempatan baik di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.

Mulai 28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) Bil. 10/1996 . Pada 27 Mac 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri menjadi sebahagian daripadanya.

Post a Comment