Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - 25 November 2022 - KERJA KOSONG 2022 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2022
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - 25 November 2022

Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


Jawatan:

1. JAWATAN TERBUKA
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL GRED 44 - 2 Kekosongan

Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Gaji (termasuk elaun) : RM 4,651.00
Penempatan : Bahagian Komunikasi Strategik Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya


2. JAWATAN TERBUKA
KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL GRED 48 - 2 Kekosongan

Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Gaji (termasuk elaun) : RM6,667.00 Minima
Penempatan : Bahagian Komunikasi Strategik Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya


Deskripsi Tugas:

1. Bertanggungjawab merancang, menganalisis isu semasa berkaitan rasuah dan imej SPRM, mempromosi dasar dan program SPRM serta memantau isu berkenaan di media cetak, media elektronik dan media sosial.

2. Bertanggungjawab menyediakan saluran penyampaian maklumat dan komunikasi yang efektif di peringkat SPRM, nasional dan antarabangsa.

3. Merancang dan membangunkan kandungan kreatif untuk penerbitan konvensional dan digital.

4. Membina hubungan bersama pihak media dan influencer media.


Syarat Permohonan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan :

(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa atau dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang komunikasi massa atau dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang komunikasi massa atau dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

4. Memiliki pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan iaitu :

(i) minima 5 tahun (untuk Jawatan Terbuka Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 44); atau

(ii) minima 10 tahun (untuk Jawatan Terbuka Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48);

5. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

6. Lengkap dos vaksinasi Covid-19.


Keutamaan:

1. Mahir dalam menguruskan dan menyediakan kandungan untuk media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

2. Penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa ketiga (Bahasa Mandarin atau Bahasa Tamil) yang baik adalah satu kelebihan.


Cara Memohon:

1. Sila imbas kod QR atau klik pautan https://forms.gle/FfUb69GAyCD3CkFa9 bagi tujuan permohonan jawatan kontrak ini. (link admin sediakan di bawah)

2. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.


Perhatian:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.


Tarikh Tutup Permohonan : 25 November 2022 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengah hari




Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Latar Belakang

Kewujudan entiti pencegahan rasuah di Malaysia bermula dengan sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti pencegahan rasuah. Ketika itu, siasatan kes rasuah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (Jenayah Khas) di bawah pasukan Polis DiRaja Malaysia manakala pendakwaan kes rasuah pula dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Kerajaan kemudiannya telah menggabungkan usaha pencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkan Badan Pencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967.

Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahan rasuah negara diwujudkan secara undang-undang apabila Akta Biro Siasatan Negara diperkenan, sekaligus mengubah entiti BPR kepada Biro Siasatan Negara (BSN). Perubahan itu telah meluaskan kuasa perundangan BSN dengan mandat untuk menyiasat kes berkaitan kepentingan negara, disamping kes rasuah.

Bagaimanapun, perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh Parlimen pada 13 Mei 1982. Akta ini meletakkan semula tugas pencegahan rasuah kepada BPR yang secara rasminya juga menggantikan BSN. Perubahan ini memartabatkan peranan BPR sebagai entiti tunggal yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.


0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - 25 November 2022"

Post a Comment