Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 31 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)


Jawatan:

1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19 DBP CAWANGAN SARAWAK

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

3. PEMBANTU PENERBITAN N19


Cara Memohon:

i. Pemohon yang berminat boleh melayari laman web rasmi DBP melalui pautan lamanweb.dbp.gov.my untuk iklan penuh dan syarat-syarat lantikan.

ii. Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah mendaftar dan memohon secara dalam talian melalui pautan rasmi epengambilan.dbp.gov.my

iii. Pemohon boleh merujuk manual pengguna yang disediakan bagi tujuan proses pendaftaran akaun dan permohonan jawatan.

iv. Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi no. telefon atau e-mel yang berikut:

No. Telefon: 03-2147 9346/9331 (9.00 pagi hingga 4.30 petang)
E-mel: pengambilan@dbp.gov.my

4. Pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh akhir permohonan ini dianggap tidak berjaya.

5. Segala keputusan dalam urusan ini muktamad.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2022 (Sabtu)





Jawatan Kosong 2020 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Latar Belakang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Post a Comment