Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 15 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Jadual Gaji:
Gaji Minimum RM2,524.00
Gaji  Maksimum RM9,768.00
Kenaikan gaji tahunan RM225.00

Elaun:
(i)  Khas : RM300:00
(ii) Perumahan : RM300:00
(iii) Bantuan Sara Hidup : RM300:00


2. PEMBANTU TEKNIK PENYIARAN GRED JA29

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,092.00
Gaji  Maksimum : RM5,830.00
Kenaikan gaji tahunan : RM145.00

Elaun:
(i)  Khas : RM160:00
(ii) Perumahan : RM300:00
(iii) Bantuan Sara Hidup : RM350:00
(iv) Elaun Kritikal : 10% daripada gaji pokok


Cara Permohonan:

(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume / curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia
2, Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(U.P: Unit Modal Insan)
 No. Tel: 03-62046374    Faks: 03-62014189

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebeah kiri sampul.

(b) Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c) Permohonan hendaklah sampai ke UMIN sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Disember 2022.

(d) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.

* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Disember 2022 (Khamis)





Jawatan Kosong 2022 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.

Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.

Post a Comment