Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) - 10 Januari 2023 [52 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PEGAWAI GEOSAINS GRED C41 (KAJI BUMI) - 52 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,317.00
Gaji Maksimum : RM9,620.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kaji bumi, geofizik, fizik (geofizik), kaji bumi (geofizik) atau kimia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang perlombongan, mineral atau kaji logam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,524.01).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:   

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
   

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Geosains adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Geosains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau  

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan  

(b) had umur pelantikan:

i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 10 Januari 2023 (Selasa) jam 11:59 malam





Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

Pengenalan

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ditubuhkan melalui penggabungan Jabatan Penyiasatan Kajibumi dengan Jabatan Galian pada 1 Julai 1999. Penggabungan ini bertujuan untuk memantapkan dan menyelaraskan aktiviti kedua-dua agensi tersebut yang berada di bawah Kementerian Perusahaan Utama (KPU) ketika itu.

Sejarah Jabatan bermula sejak abad ke-19 sewaktu kemasukan penjajah British yang bermula di negeri Perak. Pada tahun 1874, Jabatan Galian ditubuhkan oleh penjajah British bagi tujuan pengawalseliaan perlombongan bijih timah di Larut. N.G.A. Geddie, seorang jurutera perlombongan telah dilantik sebagai Merinyu Galian pertama.

Post a Comment