Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 6 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (GURU TABIKA) GRED S29

Taraf Jawatan : Kontrak
Agensi : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan
Bilangan Kekosongan : Empat (4)
Tempat Kekosongan : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum: RM5,672.00

Elaun:
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 160.00
Bayaran Insentif Wilayah (BIW) RM 261.27


Syarat kelayakan:

Warganegara Malaysia.

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Memperolehi sekurang-kurangnya “Kepujian” (gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan adalah bagi pemohon yang berasal atau bermastautin di W.P. Labuan 


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran di Tabika.

Melaksanakan tugas mengajar, mengurus rekod, dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yang digunapakai di Tabika.

Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Labuan atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 Bab ‘A’ Lantikan Dan Kenaikan Pangkat 2005.

Borang Permohonan lengkap hendaklah disertakan gambar terkini (berukuran passport), salinan Kad Pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan kelulusan akademik, resume, salinan sijil berhenti sekolah, salinan Lesen Memandu dan Sijil Lengkap Vaksinasi Covid-19 sebagai dokumen tambahan serta dokumen sokongan yang berkaitan yang telah DIPERAKUI SAH oleh (Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’ atau gred 41 ke atas).

Borang permohonan perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
NO. 4A-1, TINGKAT 4, BLOK 4,
KOMPLEKS UJANA KEWANGAN
87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.


Panggilan Temuduga:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

8.2 Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian 087-413 366 atau emel ke ppnlabuan@perpaduan.gov.my


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Januari 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Peranan JPNIN
  • Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
  • Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional
  • Mewujudkan keharmonian negara
  • Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
  • Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional.

Post a Comment