Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah
Jawatan:
1. JURULATIH SAMBILAN
Taraf Jawatan : Sambilan
Bayaran Elaun Mengajar : Dibayar mengikut jumlah jam mengajar
Kekosongan :
i) Subjek Pengajian Islam - Satu kekosongan (Lelaki)
ii) SKM Perkhidmatan Terapi Estetik (MP-060-3:2013/S960-002-3:2020) - Satu kekosongan
iii) SKM Juruteknik Komputer (IT-020-3:2012) - Satu kekosongan
Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang dari 22 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
c) Kelayakan akademik seperti berikut :-
i. Kredit Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
ii. Kekosongan 1 : Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Pendidikan Islam daripada institusi pengajian tinggi dan dua (2) tahun pengalaman mengajar.
iii. Kekosongan 2 dan 3 :
a. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dengan dua (2) tahun pengalaman kerja; atau Diploma Kemahiran Malaysia dengan 2 (dua) tahun pengalaman kerja;
b. Memiliki Sijil Vocational Training Officer (VTO); dan
c. Memiliki Sijil Induksi Pentauliahan PP / PPD / PPB
Cara- cara Memohon:
a) Calon-calon yang berminat dan memiliki syarat-syarat kelayakan boleh mendapatkan Borang Permohonan Jawatan Jurulatih Sambilan di Tingkat 5, JPSM, Wisma Bandaraya pada 28 November hingga 5 Disember 2022. Calon-calon hendaklah memastikan borang diisi dengan lengkap dan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
🔹 Sekeping gambar terbaru berukuran pasport;
🔹 Salinan sijil kelahiran;
🔹 Salinan kad pengenalan;
🔹 Salinan sijil SPM, SKM & Diploma atau Ijazah
🔹 Lain- lain sijil / dokumen yang berkaitan
b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah, Tingkat 5, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu (u.p: Puan Nurfara Ain bin Abdullah) sebelum atau pada 05 Disember 2022
Catatan Am:
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh satu (1) bulan selepas temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan dan risiko semasa menghadiri temuduga.
Pengarah
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah (JPSM)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
Tingkat 4, 5 & 7, Wisma Bandaraya
Beg Berkunci 198
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088 218723 / 218730 / 224607
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 05 Disember 2022 (Isnin)
Objektif Penubuhan
Membangun dan menggunakan sepenuhnya modal insan yang terdapat di Negeri Sabah melalui pelaksanaan program-program latihan yang teratur dan berkesan.
Visi
Menjadi Jabatan Peneraju dalam Pembangunan Sumber Manusia di Negeri Sabah menjelang 2035.
Misi
Merancang dan melaksana pelbagai program latihan kemahiran bagi rakyat Sabah, Merintis peluang pekerjaan dan keusahawanan, Menyediakan perkhidmatan akreditasi / badan pentauliah Sabah