Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Kimia Malaysia - 26 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Kimia Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kimia Malaysia


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: STPM / SIJIL MATRIKULASI KPM / DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29 - 13 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,505.00
Gaji Maksimum : RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau

Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91); atau

Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).


Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Makmal adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

lulus Peperiksaan Khas; dan

had umur pelantikan:
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Deskripsi Tugas :

Membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Kimia Malaysia seluruh Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Disember 2022 (Isnin) jam 11:59 malam






Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Kimia Malaysia

Mengenai Kami

Jabatan Kimia Malaysia terdiri daripada rangkaian makmal di seluruh negara yang menyediakan analisis, penyiasatan dan perundingan saintifik kepada agensi kerajaan. Ia bertujuan untuk menyokong penguatkuasaan undang-undang bersama-sama dengan pelaksanaan program yang berkaitan dengan keselamatan air, makanan, alam sekitar dan produk perindustrian untuk melindungi dan memajukan kesihatan awam dan keselamatan kepada orang awam, dan melindungi kepentingan pengguna juga sebagai kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.

Penyediaan perkhidmatan ini boleh didapati di seluruh negara termasuk makmal yang terletak di Ibu Pejabat di Petaling Jaya bersama-sama dengan 13 lokasi strategik lain di Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Tawau, Kuching, Sibu dan Bintulu.

Post a Comment