Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - 20 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – PPTM (FA29) - Personel MySTEP

Gaji Ditawarkan : RM 1,800.00/sebulan
Tempoh : Januari 2023 - 30 Jun 2023
(Penyambungan Kontrak Akan Dipertimbangkan Berdasarkan Kepada Peraturan Yang Berkuatkuasa)
Kekosongan : 3 Calon
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP Dan Caruman Perkeso


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Memiliki kelulusan minima diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan;

4. Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pembangunan dalam sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, Java dan lain-lain yang berkaitan;

5. Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan Framework Laravel;

6. MEmpunyai kemahiran dan pengalaman mengendalikan pengkalan data;

7. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;

8. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;

9. Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan

10. Bertanggungjawab dan berdisiplin.


Deskripsi Tugas:

1. Bertanggunjawab membangunkan program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa;

3. Validasi test script bagi User Acceptance Test (UAT) dan Final Acceptance Test (FAT) bagi memastikan ia memenuhi objektif dan keperluan System Requirement Study (SRS); dan

4. Melaksanakan pengujian (UAT dan FAT).


Cara Memohon:

Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan dengan mengemukakan resume beserta gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil Diploma dan transkrip ke alamat e-mel vinodran@moe.gov.my / norshafidayu@moe.gov.my

(Hanya calon-calon yang layak tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya)



Tarikh Tutup Permohonan : 20 Januari 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan (Tulisan Jawi: كمنترين ڤنديديقن) dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamatnya ialah untuk:
  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Post a Comment