Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 14 Disember 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. warganegara Malaysia;

2. terbuka kepada anak kelahiran SELANGOR SAHAJA; dan

3. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

4. memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

5. Kepujian dama subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) padan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan

6. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang berkaitan.


Ringkasan Tugas:

1. bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program berkaitan Jawatankuasa Bandar Ilmu;

2. bertanggungjawab menyusun dan mengatur mesyuarat induk dan mesyuarat kecil bagi pelaksanaan program-program yang dirancang;

3. bertanggungjawab sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Induk Pelaksana Bandar Ilmu dan perlu menyediakan minit mesyuarat setiap kali mesyuarat bersidang dan juga menyediakan laporan bagi setiap program yang dijalankan mengikut format ditetapkan;

4. bertanggungjawab menyediakan kertas kerja berkaitan dan menyelia kertas kerja dari semua sektor berkaitan Bandar Ilmu.

5. melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh Pengerusi Bandar Ilmu.


2. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. warganegara Malaysia;

2. terbuka kepada anak kelahiran SELANGOR SAHAJA; dan

3. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

4. mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan

5. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan

6. mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang berkaitan (keutamaan akan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan menulis dengan baik).


Ringkasan Tugas:

1. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat kumpulan sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi seperti pentadbiran am, pemprosesan dokumen, pengumpulan data dan maklumat termasuk pengurusan fail dan rekod dan menyediakan dokumen rasmi yang diperlukan serta pengendalian peralatan perhubungan dan komunikasi.


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang dikepilkan bersama-sama ini.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:-
a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;
c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan);
d. Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan);
e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan);
f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan);
g. Sijil Kokurikulum;
h. Profil Peribadi/Resume.

3. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

4. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

5. Sila kemukakan permohonan melalui e-mel vacancy@kuis.edu.my (borang yang dihantar secara hardcopy tidak akan diproses).

6. Calon yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga melalui emel/ panggilan telefon.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan :  14 Disember 2022 (Rabu)






Jawatan Kosong 2022 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Post a Comment